Cerita ini mengisahkan cinta seorang lelaki bernama ‘M’ kepada seorang gadis bernama “S”.Beberapa tahun lepas. M menaruh hati terhadap seorang gadis terhadap rakan sekelasnya. Dia menaruh sedikit harapan terhadap rakan sekelasnya tetapi malu nak meluahkan. Kira-kira sebulan sebelum SPM, dia berkenalan dengan seorang gadis dari sekolah lain, “S”. Meraka bertukar-tukar pendapat mengenai peperiksaan SPM.Selepas itu, mereka tiap2 hari berhubung melalui telefon. Setiap malam berdering, menantikan panggilan dari gadis S itu. Baru sekali telefon berdering “Kring !” , sepantas kilat lelaki tu menyambar telefon itu. Seminggu sebelum tamatnya peperiksaan SPM, lelaki itu menceritakan masalah yakni dia menaruh hati kepada kawan sekelasnya.
S dengan berat hatinya cuba menolong lelaki itu. Ketika itu, baru dia sedar mengapa jantungnya berdegup kencang selama ini, rupa-rupanya dia telah jatuh cinta terhadap lelaki itu. Walaupun begitu, demi melihat M yang disukainya itu gembira, dia tetap menolongnya camne nak meluahkan perasaan M terhadap rakan sekelasnya. M berasa gembira dan pada malam itu juga, dia menelefon rakan sekelasnya. Rakan sekelasnya bernama A itu terkejut kerana dengan tiba-tiba kawannya itu menelefonnya pada waktu malam. M yang ‘nervous’ cuba bercakap dengannya, tapi masih tak dapat meluahkannya. Akhirnya dia memberi ‘hint’ yang ada orang menyukainya. A memaksa M memberitahunya tapi disebabkan terlalu risau dan nervous, dia memberitahu selepas tamat peperiksaan SPM.
A itu menolak cinta M. M ini sedikit sedih. Mujurlah S selalu memberi semangat dan keyakinan kepadanya. Kesedihan M mulai reda. Sejak itu, mereka selalu berbalas surat walaupun dah tiap-tiap hari berhubung melalui telefon. Sebulan kemudian, S pun meminta pandangan M mengenai masalah yang kononnya dihadapi oleh kawannya walhal sebenarnye masalah itu mengenai dirinya.Dipendekkan cerita, walaupun M agak perlahan pada mulanya,tetapi....... 3 hari kemudian mereka pun memulakan kisah cinta mereka secara rasmi.
Sejak itu, mereka kerap berjumpa dan bertelefon . Sekali tak dapat dihubungai, M mula berasa amat risau dan rindu kepadanya.Pada suatu hari,M cuba nak memegang tangan S, tapi hatinya semakin kuat berdegup seolah-olah hampir meletup. Tak pernah dia merasa perasaan sedemikian sebelum ini.Dahinya mula dibasahi keringat...Begitu susahn tangannya nak memegang tangan kekasihnya. M cuba skali lagi untuk memegang tangannya,..berulang-ulang kali dicubanya...gagal jua
"sikit lagi.. skit lagi..."katanya dalam hati..
S melihat gelagatnya dan ketawa kecil dalam hatinya...S sedar apa yang dihendaki M dan dia juga nervous sepertinya. Dia membuat keputusan untuk memulakan langkah berpimpin tangan..M terkejut dengan tindakan S tapi berasa sangat gembira...dia tak pernah merasa sangat gembira seperti sekarang. Hati mereka sangat berdebar tapi masih mampu tersenyum riang.
Selang beberapa bulan kemudian, dia mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke IPTA di luar KL. S pula mendapat ipt di KL. M mula risau yang mereka tak dapat lagi berhubung seperti sekarang. Dia sanggup korbankan IPTA dengan memasuki IPTS di Kl semata-mata tanak berjauhan dengan S ni. what a stupid guy he is.
Bermulalah sesi pelajaran di institute pengajian tinggi,IPT. Masing-masing telah berjanji akan lakukan terbaik demi masa depan mereka bersama. Mereka berutus surat dan berdating tiap-tiap minggu, bertelefon dan berSMS tiap-tiap hari , dan berEMAIL 2,3 kali seminggu. Begitu kerap mereka berhubung sehinggakan secara tak sedar kawan2 mereka cemburu melihat kebahagian mereka.
Stiap kali berdating, M akan menaiki bus dan lrt hanya untuk menjemput orang tersayangnya.Walaupun lelaki ini hanya mempunyai loan yang sedikit, dia sanggup berjimat semata-mata untuk melihat kekasihnya gembira dan bahagia. Sometimes, dia menghadiahkan baju,kain, kasut,tudung,jam,beg dan macam-macam lagi. M gembira apabila menghadiahkan dan melihat buah hatinya memakai barang-barang yang dihadiahkan olehnya. Dia gembira mengikut ke mana sahaja S pergi tanpa rasa malas atau bosan.Dia sedikit tak bosan meluangkan masa dengan S. Dia hanya ingin menatap wajah S dan berborak,bergurau dengannya. Mereka lebih suka duduk berbual, bergurau berbanding menonton wayang.
Pada suatu hari, M pergi menjemput S. Setibanya M di sana, S pun membuat mimik muka Geram tapi comel sambil menjelir lidah kepada M. M pun ketawa apabila melihat gelagat kekasihnya tu. M cuba memujuk tapi dia masih merajuk...
M cuba memujuk lagi, “ kenapa ni sayang, tiba-tiba je merajuk.”
S membalas ,”tak da apa-apalah, bang.”S pun mejelir sambil mengelak dari M.
S mencelah ,”semalam kan bang, saya bermimpi yang Abang nak hadiahkan bunga untuk saya hari ni. Tapi macam takda pun bunga....”
M terkejut kerna dia memang berhajat nak menghadiahkan bunga untuk S.Ketika dirinya masih terkejut dia pun mengeluarkan bunga dari begnya dan menghadiahkan kepada S.
“Biar betul bang.....macam mimpi je.”Kata S dengan muka yang masih terkejut bercampur gembira.
S pun lantas memeluk tangan M dan mengucapkan terima kasih. Dirinya masih terkejut dengan semua ini, dia hanya bermimpi tapi tak disangka ia menjadi kenyataan.M mencubit pipinya dan tersenyum gembira.S sangat gembira pada hari tu.Dia meminta kawan-kawannya menyimpan bunga di asramanya. S pun dengan gembiranya meneruskan rancangannya pada hari itu bersama orang tercinta, M.
M sanggup pergi ke kolej S walaupun jauh, semata-mata tak nak menghampakan permintaan S.Dia diajak S untuk menyaksikan persembahan ‘Glow In The Dark’ oleh S dan kawan-kawannya.Baginya , kegembiraan s lagi penting daripada dirinya. Persembahan itu mmg hebat, tak sia-sia menyaksikan persembahan itu. Malam sudah pun memasuki jam 10.M perlu pergi kerana LRT dan bus dah nak habis. Dia nyaris di 'pow' beberape orang lelaki..nasib baik kali ni dia terlepas...
Begitulah betapa dalamnya kasih dan sayang M terhadap S. Kekadang dia mengejutkan S dengan menghadiahkan beberapa Mashimaro yang dianggap sebagai tali meneguhkan lagi ikatan cinta mereka berdua.
Keluarga M sebenarnya tidak beberapa menyukai S kerana beranggapan S tidak layak ,sesuai memiliki M. M tetap berkeras untuk meneruskan hubungan mereka itu. Secara tidak sengaja M tercerita kepada S. Perempuan mana tidak sedih jika mengetahui keluarga pasangannya tidak menyukainya. M kesal dan cuba untuk perbetulkan keadaan itu.M sedar dia tak sepatutnya bercerita tentangnya. M berjanji kepada dirinya untuk berusaha keras demi menjaga hubungan mereka itu.
Namun begitu, S masih suka membuat mimik muka yang comel setiap kali mereka berjumpa, merajuk olok-olok dan pandai mengambil hati M ini.Pernah skali S membuat surprised dengan kejutan birthday M. Dia datang dari jauh bersama kawan-kawannya ke kolej lelaki untuk membuat suprised . M sangat terharu,terkejut dan gembira. S juga slalu membuat kad sendiri yang sangat cantik untuk M sempena hari jadi atau new year ataupun Raya. Tiada kad yang dicipta S. Ia sangat menarik dan sangat mengharukan. Kawan-kawan M, semua cemburu dan terharu sehinggakan ada yang menangis melihat kad-kad ini.
Kemudian muncul la lelaki-lelaki baru yang cuba merampas S dari M. Ada yang datang membawa bunga,memberi hadiah dan mengajak keluar S ni. M mula merasa tidak senang hati dengan kewujudan lelaki-lelaki itu. Dia mula merasa cemburu dan tidak senang hati stiap kali S menceritakan kepadanya.Mereka pn mula bergaduh sometimes.Mujurlah mereka gaduh tak lebih dari sehari. Tetapi M mula berubah menjadi kuat cemburu walaupun hanya benda-benda tak seberapa. M belum lagi sedar bahawa S memberitahu kepadanya kerana S adalah setia kepadanya. Dia tak nak membuat perkara tanpa pengetahuan M. Begitu jujur dan setianya S kepada M.
Baru reda dari ribut, hujan lebat pula melanda. Kawan sekelas S cuba memburukkan M dengan mengatakan bahawa M tidak cukup baik untuk M. Dia menyoal S,pernahkah M membuat sendiri kad khas utk S? Dia meragui yang M tak mampu gembirakan S dan tak kaya. Hubungan mereka terus diuji. M sedar hakikat yang dia tidak pernah membuat kad sendiri untuk S. Dia tak kreatif, sebagus orang lain. Tapi dia tahu dia mampu bahagiakan S melalui cara lain.
Pada suatu hari, Mereka pergi ke suatu tempat yang boleh untuk dibuat ulangkaji.Ketika S sibuk mmebuat assignment, M mendukung S secara mengejut sambil berpusing-pusing al maklumlah kecik dan ringan je..(hehe). S berasa sangat malu dan terkejut tetapi tersenyum gembira. Berulang-ulang kali disuruhnya menurunkan dirinya.M menurunkan S,lantas M dicubit dan dikejar bagaikan kucing dan anjing. Mereka ketawa dengan gembira ikatan mereka bertambah kuat.
Setengah tahun kemudian, ada seorang gadis telah jatuh hati kepada M. Gadis itu tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki. Buat pertama kali dia keluar bersama M di Tasik Titiwangsa. M yang bersifat peramah, Cheerful dan mengambil berat atas dirinya ini akhirnya membuka pintu hatinya kepada seorang lelaki. Dia kerap berhubung dengan M tanpa mengetahui M sudah mempunyai kekasih.Tapi M hanya melayannya sebagai seorang kawan.Tidak lebih dari itu. Pada masa yang sama, kesilapan teknikal kolej membuatkan dirinya tak didaftar ketika di semester tu. Setelah banyak mengulang kaji, menyiapkan kerja akhirnya tak membawa sebarang hasil dan sia-sia.M sangat kecewa dan murung. Namun begitu, M tak menceritakan masalahnya kepada S. Tapi dia melakukan kesilapan besar. Cinta memerlukan kejujuran dan kepercayaan...
M tidak lagi ceria seperti sedia kala, membuatkan S berasa sedih dan cuba mengambil hati M tapi masih gagal. S sedih dan merajuk kerana M tidak lagi peka atas permintaannya dan soal hatinya. M geram lalu menarik tangan S dengan kasar. S terkejut kerana buat pertama kali dalam masa bertahun-tahun ni ,M mengasari dirinya. Hubungan mereka tak ubah seperti retak menanti pecah. Buat pertama kali, M tak memujuk s. Selama ni, dia selalu memanjakan S,tak pernah meninggikan suara, tak pernah mengasarinya. M yang sedang kecewa dan sedih kerana dibelenggu masalah pelajaran dan cinta ini buntu tidak tahu ape yang patut dibuatnya. Pada masa yang sama, gadis yang menaruh hati terhadapnya menghantar sms, “ i miss u so much.” kepada M. M terlupa nak memadamkan sms tu. Pintu neraka telah pun dah dibuka....
Esoknya, M Berjaya memujuk S walaupun S masih menangis teresak-esak di bahu M dan kembali ceria sedikit. Baru je pulih, keadaan menjadi lebih buruk. S terbace SMS yang lupa dipadamkan di handphonenya. Tak difikir panjang, S kembali menangis dan sangat sedih kerana menyangka M berlaku curang padanya.
Keesokkannya, M ponteng kelas tengah harinya. Berbekalkan duit Rm10, dia menaiki bus dan LRT semata-mata untuk pergi kat kolej S dan memujuknya. Hujan dari langit yang tak kunjung mencurahi bumi seolah-olah menangisi kesedihan yang dialami M. Hujan berterusan sampai ke maghrib. M sampai di pintu kolej S dan menantinya dengan penuh sabar. Berulang-ulang kali dihantarnya SMS kepada S untuk turun bertembu dengannya. Tapi S enggan. Baju M basah kuyup dan dia kesejukan dalam hujan tetapi msaih tetap menanti S. Kawan-kawan S yang terserempak dengan M sangat simpati kerana M masih setia menanti di kala hujan , ribut masih melanda.
Malam pun sudah tiba ,tapi si dia masih tidak turun-turun lagi...M dengan pakaian yang basah kuyupnya pun mula berundur diri untuk pulang kerana jam sudah melebihi 8 malam....hatinya seolah-olah ditusuk 1001 jarum berbisa dengan apa yang telah terjadi. Akhirnya airmata seorang lelaki pun mengalir membasahi pipinya sambil ditemani kawan-kawan S untuk memujuk dan memenangkannya.
Hidup M akhirnya huru-hara. Pelajarannya mula jatuh menjunam, dia tidak lagi ceria, sentiasa murung ,mula menjauhi kawan-kawan dan hidup dalam kepura-puraan. Kerana seorang perempuan hidupnya musnah......
Dia mengimbas kembali kejadian yang berlaku selepas putusnya hubungan antara S dengan dia, S selalu bercakap kasar dan mintak hutang rm50 dari M seolah-olah Dunia akan kiamat esoknya. M berasa sangat sedih,walhal slama ni dia tak pernah berkira walaupun sesen, ini balasannya kepadanya. Kawan S pernah bagitahu yang S masih merindui M tetapi tak nak mengakuinya. Begitula tamatnya sebuah hubungan.
M menceritakan pengalamannya kepada penulis kerana ingin berkongsi pengalaman dengan pembaca-pembaca sekalian bahawa dalam cinta ini pentingnya kita memahami , setia dan jujur dalam bercinta...Walaupun kawan penulis ini agak bodoh,tapi dia telah melakukan yang terbaik untuk orang yang tersayang. There are many different ways of expressing love,but to people,the most important thing is its still love. Peace !
Hari Ibu..
2 weeks ago

7 comments:
SORA aka Alil,
Akak belum habis baca lagi.. nanti akak sambung komen ek.. hehe.. Anyway, nice bcground..
Alil,
Cerita ni kena touch up lagi.. Jalan cerita dah ok.. One more thing, kalau Alil rasa banyak sangat yang nak ditulis - cut dan buat bersiri.. so, pembaca akan tertunggu apa seterusnya cerita ni.. ok? that's all..
Salam...
huhuhu...ada cerita.. ada message..
kekadang manusia.. menjadi manusia.. meninggikan ego.. lebih dari segala2nya..
most of the time.. manusia.. menjadi manusia.. mendengar.. melihat.. dan melakukan segala2nya.. semata2.. mengikut apa yang manusia percaya.. buta2..
:(
Tak pandai nak ayat berbunga2, tak amek sastera dulu..Hihihi!
Sekadar nak berkongsi pendapat dan pengalaman....
Malang beno laki dalam cite tu..
Sora..
** tak amek sastera dulu..**
heheheh.. aka.. memang malang nasib lelaki kat dlm cerita tu..
huhuhu..
Hihihi!
aliran engineering mane reti sastera ni..EkeKeke
mmg malang tapi dia sndiri gak yang bodo sebab setia dan syg terover sgt..hahaha..tak pasal2 jd gile
oleh kerana diri ini sndiri xpcaya pada cinta..maka comment utk lelaki kpd kwn penulis ni...
"langit tak selalu nya indah"..
Post a Comment